P.Prabakaran
P. Prabakaran

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran nafi pernah melantik Rozan Azen Mat Rasip sebagai setiausahanya.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab Rozan yang juga Naib Ketua PKR Cabang Batu hanya penyelaras aduan bagi pejabat Parlimen Batu.

“Bagaimanapun segala permasalahan serta alasan yang saudara (Rozan0 nyatakan adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali.

“Saudara seharusnya melihat pada sikap saudara sendiri yang tidak boleh ditegur dan tidak menghormati sesama rakan setugas.

“Ini menyebabkan saudara gagal dan sukar mendapat kerjasama serta kesefahaman dalam melaksanakan tugas harian saudara,” kata Prabakaran dalam suratnya seperti ditularkan hari ini.

Surat yang sama mengesahkan peletakan jawatan Rozan.

Justeru Prabakaran menasihati Rozan agar mengenepikan sikap ego yang keterlaluan.

Beliau juga mahu Rozan berhemah dan menghormati rakyat semasa melaksanakan tugas sekira mahu menjadi pemimpin yang dihormati rakyat.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/22/tangan-ghaib-punca-setiausaha-prabakaran-letak-jawatan/