KUALA LUMPUR- Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dipengaruhi permintaan lemah terhadap mata wang tempatan menjelang cuti Hari Natal, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1800/1880 berbanding dolar AS berbanding 4.1790/1830 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, sentimen dalam pasaran suram di tengah-tengah kemungkinan AS menutup jentera pentadbiran kerajaan selain pulangan bon lebih rendah disebabkan kebimbangan pertumbuhan ekonomi perlahan, sekali gus memberi tekanan kepada dolar AS.

Katanya, yen muncul peraih manfaat terbesar dalam persekitaran pasaran itu.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata dengan harga minyak rendah dan pasaran masih bimbang berhubung pertumbuhan global, ringgit dijangka tidak mencatat kemajuan yang ketara hingga tahun baharu.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 0.22 peratus kepada AS$53.98 satu tong.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun, berbanding mata wang tempatan merosot kepada 3.7647/7730 daripada 3.7588/7634 pada Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0442/0511 daripada 3.0490/0531, meningkat berbanding euro kepada 4.7564/7668 daripada 4.7758/7808 dan naik berbanding pound kepada 5.2902/3008 daripada 5.2919/2986. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast