Pulau Pinang menimbang untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen seunit berbanding 20 sen sekarang selepas kadar semasa didapati kurang berkesan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik.

LONDON – England akan menaikkan caj bagi beg plastik dari 5 pence kepada 10 pence yang akan diperluaskan di semua kedai.

Perubahan itu terkandung dalam perundingan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Peningkatan caj beg plastik itu akan dikuatkuasakan pada Januari tahun 2020.

Peruncit kecil, yang dikecualikan daripada levi semasa telah membekalkan 3.6 bilion beg penggunaan tunggal setiap tahun.

Sekolah-sekolah di England juga telah dimaklumkan untuk menghapuskan penggunaan beg plastik.

Malah, Setiausaha Pendidikan Damian Hinds mendesak pemimpin-pemimpin sekolah untuk menggantikan barangan seperti straw, botol dan pembungkusan makanan plastik dengan alternatif yang mampan menjelang tahun 2022.

Setiausaha Alam Sekitar, Michael Gove berkata; “Kami mahu melakukan lebih banyak lagi untuk melindungi planet.

Menurutnya, sejak caj sebanyak 5 pence yang diperkenalkan pada tahun 2015 untuk peruncit dengan sekurang-kurangnya 250 pekerja dianggarkan 15 bilion beg plastik telah dikeluarkan dalam edaran.

Badan-badan perdagangan yang mewakili kira-kira 40,000 peruncit kecil telah melancarkan pendekatan sukarela untuk mengenakan caj sebanyak 5 pence tetapi jumlah itu kurang daripada satu per lima syarikat mungkin terjejas dengan perubahan yang dicadangkan itu.

Di Scotland, Wales dan Ireland Utara, semua peruncit termasuk kedai-kedai kecil, sudah mengenakan sekurang-kurangnya 5 pence untuk beg plastik.

Persatuan Pemuliharaan Marin pula berkata, levi yang dilaksanakan mempunyai kesan terhadap mengurangkan sisa plastik di pantai dan di laut. – MalaysiaGazette