Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Nisbah jenayah indeks bagi 100,000 penduduk di Malaysia pada 2017 bertambah baik kepada 309.7 berbanding 2016 (355.2).

Pada 2017, enam buah negeri merekodkan jenayah indeks yang melebihi paras nasional iaitu Kuala Lumpur (716.9), Selangor (408.6), Negeri Sembilan (356.6), Melaka (339.2), Pulau Pinang (318.3) dan Kedah (315.3).

Sementara itu, Sabah merekodkan jenayah indeks terendah bagi tahun 2017 (157.7), kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, jenayah kekerasan dan harta benda juga menurun pada 2017 berbanding 2016.

Jenayah kekerasan menurun 4.3 peratus kepada 21,366 kes manakala jenayah harta benda menurun 13.6 peratus kepada 77,802 kes.

Sementara itu, bagi tempoh tiga tahun yang lalu, bilangan penagih dadah menurun di empat negeri iaitu Perak, Melaka, Sarawak dan Perlis.

Sebaliknya, empat buah negeri mencatatkan tren peningkatan bilangan penagih dadah dalam tempoh yang sama iaitu Kelantan (3,700), Terengganu (2,044), Sabah (1,047) dan W.P. Labuan (92).

Kata beliau, Pada 2017, bilangan kertas siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan penurunan 12.4 peratus kepada 863 kes.

Kertas siasatan bagi tuntutan palsu menurun 45.0 peratus kepada 202 kes daripada 2016 (367 kes).

Dalam tempoh yang sama, bilangan tangkapan yang dibuat oleh SPRM menurun 6.4 peratus manakala salah guna kedudukan mencatatkan peningkatan 92.9 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast