Kenderaan polis menghampiri sebuah pesawat selepas seorang lelaki memandu masuk ke kawasan landasan Lapangan Terbang Hanover. foto Agensi

BERLIN – Lapangan Terbang Hanover terpaksa menangguhkan beberapa penerbangan pada hari Sabtu selepas seorang lelaki memandu di kawasan apron sebelum polis berjaya menahan kereta tersebut dan menangkap pemandunya.

Polis Hanover berkata, polis telah selesai memeriksa kereta tersebut dan tidak menemui sebarang objek bahaya.

Berikutan itu, lapangan terbang itu dibuka semula pada pukul 20:05 (1905 GMT).

Polis sebelum itu memaklumkan lelaki berkenaan memasuki kawasan apron pada pukul 3.40 petang (1400 GMT).

Akhbar Hannoversche Allgemeine melaporkan suspek yang berusia pertengahan usia 20an berada di bawah pengaruh dadah.

Ketika insiden, lelaki itu memandu kereta BMW dengan nombor plat Poland.

Dia memandu melalui pagar dan cuba mengejar pesawat Aegean Airlines yang baharu saja mendarat dari Athens dan polis berjaya menghentikannya hanya beberapa ratus meter sahaja. – MalaysiaGazette