KUALA LUMPUR – Selain rokok nampaknya kerajaan juga telah memutuskan vape, shisha dan produk terkini, Nano Stix juga tidak terkecuali dalam larangan merokok di restoran dan kedai makan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini turut melarang menghisap ketiga-tiga nya selain rokok.

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

Sebelum ini, rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau, bagaimanapun berkata kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.- MalaysiaGazette

Vape, shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok