Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka 'berlakon sakit'.
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Setiausaha politik kepada Mohamad Sabu mengesahkan lelaki berusia 31 tahun yang ditahan polis awal pagi tadi dan didapati positif ganja merupakan anak kepada Menteri Pertahanan itu.

Azhar Che Mat Dali berkata, anak lelaki menteri pertahanan itu ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan.

Serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Ampang itu dijalankan oleh satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi jam 12.30 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Menteri Kanan kena tahan positif ganja

Memetik laporan portal FMT, Azhar berkata, menteri berkenaan turut hadir di Balai Polis Dang Wangi.

“Semua orang tidak bersalah selagi tidak dibuktikn salah oleh mahkamah,” katanya kepada FMT, dan menambah, Mohamad komited untuk mengikut saluran undang-undang berhubung kes anaknya itu.

Seramai 101 orang membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki diperiksa dalam operasi berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.