Harga telur di Pasar Datuk Keramat semasa tinjauan Datuk Seri Najib Razak di situ, pagi ini.
Harga telur di Pasar Datuk Keramat semasa tinjauan Datuk Seri Najib Razak di situ, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini membuat tinjauan di Pasar Datuk Keramat di sini.

Dalam hantaran terbaharu di laman Twitter, Najib berkata, hasil tinjauannya menunjukkan harga telur tidak turun.

Malah, menurut beliau, para peniaga telah memberitahunya, harga telur bukan sahaja tidak turun malah naik.

najib keramat
Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan di gerai Pasar Datuk Keramat pagi tadi . – foto Facebook Najib Razak

Kenyataan para peniaga itu, menurut Najib bertentangan dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini yang memberi jaminan harga telur akan turun.

“Harga telur di Pasar Dtk Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik! Saya buat tinjauan tadi,” kata Najib. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Harga telur ayam sudah stabil, tidak perlu khuatir – Salahuddin

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan kurang faktor harga telur ayam naik