minyak

KUALA TERENGGANU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu meminta kerajaan negeri pimpinan PAS mengisytiharkan jumlah rizab terkumpul hasil royalti minyak yang diterima setiap tahun.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, perkara itu selaras dengan ketetapan dalam peruntukan undang-undang yang mensyaratkan kerajaan negeri menyimpan RM100 juta daripada hasil petroleum dan gas setiap tahun.

“Kami minta kerajaan negeri yang ada pada hari ini (Pas) isytihar dan perjelas kedudukan rizab hasil royalti negeri sama ada masih ada atau berapa jumlahnya sebagaimana dipersetujui pada sidang Dewan Undangan Negeri pada 1978.

“Jika telah habis dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, sila nyatakan. Rizab ini telah dipersetujui khusus untuk kegunaan generasi masa depan untuk perkara yang menjadi keutamaan seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya kepada pemberita di pejabat PKR Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata PKR Terengganu tidak menafikan hak royalti minyak untuk kerajaan negeri tetapi perlu dipastikan ia tidak diguna untuk tujuan politik.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast