Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan penguatkuasa kementerian itu menyiasat dakwaan harga telur di Pasar Datuk Keramat makin naik.

Menjawab pendedahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenaikan harga telur, Saifuddin berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas makluman itu.

“Terima kasih atas makluman ini. Akan lanjutkan ke penguatkuasaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

“Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Najib menerusi hantaran terbaharu di laman Twitternya melaporkan, beliau membuat tinjauan di Pasar Datuk Keramat dan mendapati harga telur diuar-uarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) turun 2 sen, tidak turun.

Malah, menurut bekas Presiden UMNO itu, peniaga telah memberitahunya, harga telur bukan sahaja tidak turun, malah naik.

Ini bertentangan dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini yang memberi jaminan harga telur akan turun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast