KUALA LUMPUR – Cisco Asean akan menjalankan siasatan berhubung komen biadap yang disiarkan oleh seorang kakitangannya di Malaysia, Eric Liew, yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Syarikat tersebut yang rata-rata menerima reaksi tidak puas hati dan marah daripada pengguna media sosial mengeluarkan kenyataan tersebut pada ruang komen pada Twitter dan Facebook.

Menurut Cisco Asean, siasatan akan diserahkan kepada Cisco Malaysia.

“Hi semua, isu ini mendapat perhatian kami dan kami akan memanjangkan mesej ini kepada pasukan di Malaysia.

“Kami akan menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata syarikat itu mengenai komen biadap Eric ‘Too busy fornicating with his new bride’ yang mendapat kutukan netizen.

Bagaimanapun, Eric telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan biadapnya itu. – MalaysiaGazette