Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Datuk Seri Siti Nurhaliza. foto AFFAN FAUZI, 28 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kesanggupan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berdiri selama dua jam berbaloi apabila dia berjaya menjual 22,000 unit Set Istimewa Vantage yang berharga RM369 setiap satu.

Hasil jualan itu membolehkan Siti meraih perolehan keseluruhan RM8 juta bersamaan kira-kira RM67,000 seminit.

Berdasarkan entri yang tular di media sosial semalam, Siti difahamkan membuat jualan tersebut menerusi platform niaga digital, GoShop kelmarin.

Kejayaan Siti itu didedahkan oleh penulis berpengaruh media sosial yang digelar Bapa Viral Kebangsaan iaitu Khairul Hakimin Muhammad yang memuat naik pada laman Facebook peribadi miliknya. – MalaysiaGazette