KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses menerbitkan buku teks Dual Language Programme (DLP) untuk semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Mathematics Form 3 dan Science Form 3.

Pembekalan buku teks DLP kesemua sekolah terlibat akan dilaksanakan mulai bulan Mac 2019.

“Pembekalan buku teks kedua-kedua mata pelajaran itu tidak dapat disediakan pada awal sesi persekolahan ini ekoran perubahan yang di bawa untuk menambahbaik sistem perolehan dan mengelakkan sistem rundingan terus sejak pertengahan tahun 2018,” ujar KPM  dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terjejas,KPM telah mengambil langkah-langkah alternatif sementara berikut:

Kesemua sekolah yang menawarkan DLP telah dibekalkan dengan empat cakera padat
yang mengandungi empat bab awal buku teks subjek berkenaan untuk digunakan semasa
proses PdP.

Pautan berikut juga telah disediakan bagi membolehkan guru dan murid akses dan memuat turun bahan pembelajaran berkaitan DLP iaitu;

2.1 MathematicsForm3
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter1.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter2.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter3.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter4.pdf
http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Answers.pdf

2.2 ScienceForm3
http://sasbadisb.com/download-centre/textbook

Sehubungan itu, semua pentadbir sekolah diminta menyebarluaskan maklumat
berkaitan bagi memastikan guru dan murid memanfaatkan bahan-bahanyang disediakan
untuk membantu proses PdP matapelajaran DLP khasnya di sekolah menengah seluruh
negara.- MalaysiaGazette