Saturday, September 19, 2026
Home Politik Henti politik ugutan dan paksaan – Syed Saddiq

Henti politik ugutan dan paksaan – Syed Saddiq

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bergambar kenangan bersama atlit pada Program Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Budaya politik berlandaskan ugutan dan paksaan perlu dihentikan seiring dengan prinsip Malaysia baharu kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya melahirkan kebimbangan bahawa politik paksaan dan ancaman harus berakhir. Ini adalah Malaysia baharu. Saya fikir ia (politik paksaan dan ancaman) telah berakhir,” katanya.

Syed Saddiq diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Negara Senator Bob Manolan Mohamad yang didakwa mengugut para Tok Batin bahawa mereka tidak akan dibayar gaji sekiranya enggan menyokong kerajaan persekutuan.

Beliau juga sependapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pembayaran gaji kepada Tok Batin akan tetap diteruskan walaupun mereka (Tok Batin) tidak menyokong kerajaan persekutuan. –  BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast