KUALA LUMPUR – Ringgit lebih tinggi berbanding dolar US pada sesi dagangan awal hari ini, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit pada paras 4.0950/0990 berbanding 4.0970/0020 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, pelabur akan memberi perhatian pada angka data pengangguran Malaysia bagi November yang akan dikeluarkan hari ini.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0271/0305 daripada 3.0238/0286 dicatatkan pada Isnin dan pound British kepada 5.2752/2807 daripada 5.2577/2653, sebelumnya.

Mata wang tempatan turut jatuh berbanding euro kepada 4.6982/7048 daripada 4.6960/6034.

Ia, bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.7791/7831 daripada 3.7879/7936. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast