Saturday, May 4, 2024
Home Nasional Israel tidak punyai hak bercakap mengenai nilai moral – Saifuddin

Israel tidak punyai hak bercakap mengenai nilai moral – Saifuddin

Keputusan kerajaan memuktamadkan pembatalan kontrak dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang digantung pada Julai, tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan China.
Keputusan kerajaan memuktamadkan pembatalan kontrak dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang digantung pada Julai, tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan China.

KUALA LUMPUR – Malaysia telah dan akan kekal menjadi penyokong penduduk Palestin di bawah komitmennya untuk mengembalikan hak dan kebebasan mereka.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lebih daripada setengah abad, Israel tidak mengendahkan hak penduduk Palestin dengan melaksanakan dasar dan amalan tidak berperi kemanusiaan yang kelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Israel tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai nilai moral apabila mereka melakukan perkara yang berlawanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tindakan Kementerian Luar Israel mengecam Malaysia kerana melarang negara itu menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Sarawak dengan menyifatkan tindakan itu memalukan dan berkata sekiranya atletnya tidak dibenarkan menyertai kejohanan itu, negara lain perlu menganjurkannya.

Kejohanan yang akan diadakan di Kuching pada Julai dan Ogos depan merupakan pertandingan untuk kelayakan Paralimpik Tokyo 2020 dan ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Semalam, Jurucakap Kementerian Luar Emmanuel Nahshon menerusi satu kenyataan berkata: “Israel mengutuk keputusan ini, dicetuskan tanpa ragu-ragu oleh Perdana Menteri Malaysia , Mahathir yang anti-Semitisme.

Mengulas perkara itu, Saifuddin berkata, beliau meluat dengan kenyataan Nahshon itu.

“Saya jijik dengan pengumuman yang dilakukan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Israel pada 17 Januari 2019 yang menuduh Malaysia menentang semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai anti Sematik,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

Perdana Menteri berkata, sekiranya skuad Israel tetap berdegil mahu menyertainya maka ia adalah satu kesalahan. – MalaysiaGazette