KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggambar perayaan Thaipusam sebagai satu peristiwa perpaduan kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun perayaan ini lebih signifikan terhadap masyarakat beragama Hindu, di Malaysia perayaan akan dikongsi bersama dengan kaum-kaum dan penganut agama lain.

“Ini satu lagi peristiwa menggambarkan perpaduan kaum di Malaysia walaupun pengikut agama lain tidak mempunyai kaitan dengan perayaan Thaipusam tetapi mereka ingin bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang beragama Hindu, mereka ingin rayakan hari ini,” katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di Facebook.

Beliau turut berharap agar sambutan itu diraikan dengan penuh gembira oleh seluruh rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast