Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mengambil bagasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sebelum melarikan diri. Foto The Nation

BANGKOK – Seorang lelaki Jerman yang dikehendaki berhubung kes kecurian bagasi pelancong Britain dari Lapangan Terbang Survarnabhumi pada 13 Disember lalu telah ditahan.

Lelaki itu telah dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  sebagai individu yang mengambil bagasi di kaunter pengambilan bagasi dan kemudian menaiki teksi.

Selepas mengenal pasti suspek, polis telah mendapatkan waran untuk menahan suspek.

Joerg ditahan pada petang Sabtu di sempadan pemeriksaan Ban Hat Lek dan dihantar ke balai polis Suvarnabhumi untuk soal siasatan.

Dalam siasatan itu, dia mengakui telah melakukan jenayah berkenaan di lapangan terbang beberapa kali sebelum ini.

Lelaki itu didakwa mencuri di lapangan terbang dan boleh dikenakan hukuman antara 1 hingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Bt20,000 hingga Bt100,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast