Lelaki yang dipercayai stesen MRT telah ditangkap oleh polis bantuan RapidKL. foto FB RapidKL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai mencuri kabel di stesen MRT selepas menceroboh masuk telah ditahan oleh polis bantuan RapidKL.

Tindakan lelaki itu telah menyebabkan gangguan pada perkhidmatan tren.

Tangkapan lelaki itu telah dikongsikan RapidKL melalui Facebook.

RapidKL memohon maaf disebabkan gangguan yang tidak dapat dielakkan dan kini perkhidmatan beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, RapidKL memaklumkan berlaku pencerobohan berhampiran Pusat Bandar Damansara ke Phileo Damansara.

Berikutan itu kuasa telah dimatikan atas sebab-sebab keselamatan. – MalaysiaGazette