Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wee Ka Siong secara sinis berkata, Hari Terkejut Malaysia bagi tahun 2019 tidak lagi disambut pada 3 September seperti tahun lalu.

Sebaliknya, hari itu telah dipinda pada hari ini.

Ia gara-gara Lim Guan Eng terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan pembatalan kontrak dengan China Communications Construction Group Ltd (CCCC) selaku pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

“Saya amat terkejut dua Menteri Kanan “berperang mulut” di depan media.

“Kata Guan Eng, Azmin tidak hadir ke mesyuarat Kabinet pada hari Khamis? Mesyuarat Kabinet lazimnya pada hari rabu, kenapa pula khamis? Adakah Tun M yang berada di luar negara tak percaya dengan Wan Azizah untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet?,” sindir Presiden MCA itu.

Selain itu, katanya, ramai lagi terkejut kerana calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, M. Manogaran telah memakai baju berlogo Harapan ketika melawat tempat mengundi.

“Yang hairannya SPR benarkan calon berbuat demikian. Kalau ini berlaku pada calon BN semasa PRU14, pasti calon BN sudah dimaki-hamun,” katanya yang tidak terkejut apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan kenyataan telah menghalau calon berkenaan kerana ia demi menjadi air muka suruhanjaya tersebut.

Soal Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, polis tidak adakah sehinggakan Manogaran boleh memasuki tempat mengundi dengan pakaian berlogo.

“Bukankah itu satu kecuaian petugas SPR membenarkan calon yang memakai baru berlogo Harapan itu secara terang-terangan memasuki tempat mengundi ?

“Kalau nak halau sepatutnya sebelum calon melepasi pagar sekolah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast