Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membawa isi peti undi pertama yang dibawa menaiki helikopter tiba dari Pusat Pengundian Pos Lemoi sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands, Tahan Rata, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 26 JANUARI 2019.

 

CAMERON HIGHLANDS – Peti undi pertama Pusat Daerah Mengundi Sekolah Kebangsaan Lemoi selamat dibawa ke Dewan Gemilang SMK Sultan Ahmah Shah sebentar tadi.

SK Lemoi hanya mempunyai satu saluran mengundi dengan 231 pengundi berdaftar sahaja.

Helikopter merah milik SPR terbang tepat pukul 2.22 petang dari Padang Majlis Daerah Cameron Highlands yang terletak sebelah sekolah itu untuk mengambil peti undi SK Lemoi.

Pusat mengundi SK Lemoi ditutup tepat pukul 1 petang tadi

MGF26012019_PETI UNDI PERTAMA 02

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membawa isi peti undi pertama yang dibawa menaiki helikopter tiba dari Pusat Pengundian Pos Lemoi sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands, Tahan Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 26 JANUARI 2019.Helikopter itu kemudian kembali mendarat dengan peti undi SK Lemoi tepat pukul 2.47 petang di padang yang sama sebelum dibawa ke Dewan Gemilang yang merupakan pusat penjumlahan undi malam ini sebelum keputusan diumumkan menjelang 10 malam ini.

Suasana sekitar PDM SMK Ahmad Shah dan juga keseluruhan proses mengundi PRK Cameron Highlands setakat petang ini tenang tanpa sebarang masalah.

PRK Parlimen P78 Cameron Highlands kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dua calon Bebas.

Ia melibatkan calon PH, M. Manogaran dan calon BN, Ramli Mohd Noor.

Calon-calon Bebas pula ialah bekas Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani tempatan Wong Seng Yee.

PRK kali ini adalah yang kelima selepas PRU14 9 Mei lalu dengan tiga daripadanya adalah DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong serta sebuah Parlimen Port Dickson. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast