TERKINI : Peti Undi PDM Lemoi, Pertama Dalam Sejarah Menaiki Helikopter

Menjelang pukul 3 petang hari pengundian Pilihanraya Kecil P.078 Cameron Highlands, peti-peti undi daripada 27 Pusat Daerah Mengundi mula di bawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Gemilang SMK Sultan Ahmad Shah.

Walaupun dalam hujan lebat, Suruhanjaya Pilihanraya cekap melakukan pemindahan peti peti yang tiba dengan helikopter, iaitu kaedah yang kali pertama dilakukan dalam sejarah Pilihanraya di negara ini.

Peti undi daripada PDM Lemoi merupakan peti undi pertama dibawa menaiki helikopter kira kira pukul 3 petang selepas PDM itu ditutup untuk pengundian pada pukul 1 petang, diikuti PDM Pos Lenjang dan PDM Kuala Medang.