Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima keputusan calon Pakatan Harapan (PH) kalah dalam pertandingan empat penjuru Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, semalam.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekalahan itu menjadi peringatan kepada pimpinan PKR dan PH bahawa mereka perlu peka terhadap kegelisahan rakyat berkait ekonomi dan kos sara hidup.

“Kita juga perlu berusaha lebih gigih untuk memenuhi manifesto PRU14 serta menangani sebarang masalah berkait isu kaum dan agama dengan penuh hikmah demi kemaslahatan semua,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor yang dipilih menjadi wakil rakyat.

“PKR juga mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah mengendalikan PRK Cameron Highlands dengan baik, terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal,” katanya. – MalaysiaGazette