SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Dua pensyarah kanan sebuah universiti awam cawangan Segamat hari ini direman tujuh hari, bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM25,000.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Datuk Azmi Alias yang mengesahkan perkara itu, berkata Mahkamah Sesyen Segamat telah membenarkan tahanan reman berkenaan terhadap kedua-dua suspek yang berusia 40-an itu.

Semalam, menurut sumber, kedua-dua suspek berkenaan iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, ditahan SPRM di kampus mereka kira-kira pukul 2 petang.

Kedua-dua suspek dipercayai telah menggunakan kedudukan dan jawatan mereka dengan memberikan kerja-kerja berkaitan projek bekalan di universiti tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai milik adik kepada seorang daripada suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast