Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1050/1100 berbanding 4.1225/1275 Jumaat.

Peniaga berkata, dolar AS berada dalam tekanan memandangkan kerajaan AS masih ditutup.

“Dolar AS juga lemah disebabkan unjuran dasar Rizab Persekutuan (Fed). Fed merancang untuk menamatkan program pengurangan lembaran imbangannya lebih awal daripada jangkaan,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, dengan ringgit mengukuh kepada 3.0338/0386 berbanding 3.0346/0385 Jumaat lalu.

Nota tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7550/7599 daripada 3.7542/7598, merosot berbanding pound British kepada 5.4198/4268 daripada 5.3935/4004 dan rendah berbanding euro pada 4.6854/6916 daripada 4.6704/6769 sebelumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast