Penunjuk perasaan mendirikan khemah di trek keretapi hingga menghalang operasi pengangkutan awam itu. Foito Reuters

MEXICO CITY – Mexico akan menghadapi kekurangan makanan ruji seperti tepung jagung dan tepung gandum selepas laluan keretapi dihalang selepas oleh guru-guru yang mengadakan tunjuk perasaan di Michoacan.

Para guru dari Kesatuan Pekerja-pekerja Pendidikan Kebangsaan mula menyekat trek kereta api pada 14 Januari kerana tidak puas hati dengan tuntutan buruh.

Demonstrasi itu telah menghalang pembahagian bekalan untuk pelbagai industri, termasuk hidrokarbon dan biji-bijian seperti jagung, ruji makanan Mexico, menurut Ferromex, yang mengendali perkhidmatan keretapi.

“Mungkin terdapat kekurangan tepung gandum dan tepung jagung pada hari-hari yang akan datang, yang bermaksud makanan yang dimakan setiap hari, seperti roti dan tortilla, mungkin terjejas.

“Malah, terdapat kekurangan yang serius dalam banyak industri lain, seperti pembuatan keluli dan industri automotif … kerana mereka tidak lagi mempunyai input yang mencukupi untuk terus beroperasi,” katanya.

Sebanyak 252 kereta api tidak dapat mengangkut 2.1 juta tan produk, dengan kira-kira 10,500 kontena yang terkandas di pelabuhan Manzanillo di negara Colima dan Lazaro Cardenas di Michoacan, menurut persatuan industri kereta api dan perkapalan.

Disebabkan itu, ekonomi mengalami kerugian sebanyak 14 bilion Mexico peso (AS$736 juta), menurut Dewan Persekutuan Industri Mexico. – MalaysiaGazette