TERKINI : Sasar 3,000 Peserta Sidang Kemuncak Halal Global 2019 – Dr. Mujahid

Lebih 3,000 peserta dijangka hadir pada Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS’19) yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 April ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, jumlah ini akan melibatkan penyertaan sebanyak 130 negara dari seluruh dunia.

Menurut beliau, GHas’19 telah dijenamakan sebagai program halal baharu dengan matlamat untuk memperkukuhkan nama Malaysia sebagai negara peneraju menerusi model dan kerjasama secara kolektif dalam memacukan sektor halal.

1 Komen

Comments are closed.