Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Khalid Samad mencadangkan kepada Datuk Zaharin Mohd Yasin supaya menarik balik tuduhan beliau dan meminta maaf.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Khalid Samad.

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Khalid Samad mencadangkan kepada Datuk Zaharin Mohd Yasin supaya menarik balik tuduhan beliau dan meminta maaf.

Zaharin sebelum itu menerusi hantaran di Facebook mendakwa ada kontraktor yang telah berjaya memperoleh tender penyelenggaraan sungai di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bagaimanapun tender tersebut telah dibatalkan.

Beliau turut mendakwa Khalid sebagai menteri tidak menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mahu menghantar surat peguam seolah-olah tidak mampu menjawab provokasi tersebut.

zaharinKhalid dalam kenyataan menjawab tuduhan tersebut melahirkan rasa hairan dengan tuduhan Zaharin berkata: “Hairan saya”. Zaharin kata saya tak menafikan tuduhan yang dikhabarkannya. Rasa-rasanya surat peguam saya bertujuan untuk mengesah atau menafikan tuduhannya itu?

“Saya banyak duit? Banyak lagi duit orang UMNO macam Zaharin. Sanggup menyebarkan khabar yang berunsur fitnah sehingga duit bayar peguam saya akan datang darinya.

“Maaf ya Zaharin. Itu bukan provokasi namanya tetapi fitnah… saya cadangkan Zaharin tarik balik dan minta maaf jer…”

Mengulas lanjut kenyataan Zaharin kononnya beliau tidak menafikan tuduhan tersebut, Khalid berkata, Zaharin sendiri tidak membuat penafian tentang dakwaannya wujud tangan ghaib dalam DBK sehingga membawa kepada pembatalan tender seperti yang didakwa.

“Bab tak nafi ni, yang jelas, Zaharin tak nafikan wujudnya tangan ghaib dalam DBKL. Senarai yang dia terima yang saya pun tak terima dia dapat dari siapa?” katanya.

dbkl
Catatan awal Zaharin Mohd Yassin yang mendakwa menteri bersekongkol membatalkan tender penyelenggaraan sungai.

–MalaysiaGazette