Neymar

LONDON – Neymar disahkan berehat sehingga selama 10 minggu dan akan terlepas aksi dua perlawanan menentang Manchester United di pusingan kalah mati UEFA Champions League (UCL).

Bintang antarabangsa Brazil itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Strasbourg pada Rabu lalu di saingan Piala Perancis.

Namun Neymar bernasib baik tidak memerlukan pembedahan untuk merawat kecederaan tersebut yang menyebabkan dia tersisih lebih lama hingga akhir musim ini.

“Kelmarin, kami telah memanggil sekumpulan pakar perubatan di Pusat Latihan Ooredoo untuk menilai tahap kecederaan kaki kanan Neymar Jr. yang dialami dalam perlawanan menentang RC Strasbourg di saingan pusingan 16 pasukan Piala Perancis pada 23 Januari lalu.
“Selepas diperiksa, satu keputusan dicapai untuk melakukan rawatan secara konservatif terhadap kecederaan Neymar Jr. yang dialami beliau di bahagian metatarsal kelima.
“Setelah dimaklumkan mengenai cadangan tersebut, bintang antarabangsa Brazil milik PSG itu telah menyatakan persetujuan untuk mengikuti protokol yang dinyatakan. Oleh itu, Neymar dijangka hanya akan kembali beraksi selepas 10 minggu,” katanya kenyataan itu.
Difahamkan, kecederaan yang dialami oleh Neymar pada kali ini adalah kecederaan sama yang dialaminya pada musim lalu.
Neymar tdisahkan mengalami kecederaan metatarsal pada Februari tahun lalu dan hanya pulih menjelang kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia. – MalaysiaGazette