KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini datang dan bersarapan dengan penyokongnya di Pulau Langkawi.

“Alhamdulillah pagi ini cukup ceria dan ramai datang sarapan pagi ala kadar dengan saya”, katanya ketika ditemui dalam Majlis Minum Pagi bersama Bossku di Delta Resort, Pantai Chenang hari ini.

Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan para penyokongnya.

Menurut laporan Watan Online, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba petang semalam disambut kira-kira 1000 penyokongnya di Lapangan Terbang Langkawi.

Turut hadir bersama beliau ialah bekas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad dan pemimpin UMNO tempatan.

Bagaimanapun, kedatangan Najib yang sekarang dikenali dengan tag ‘Malu Apa Bossku’ itu sudah tentu ada maksud tersirat.

Walaupun bekas Presiden UMNO itu hadir atas jemputan penyokongnya namun ‘kehadiran’ itu turut membawa makna tertentu kepada Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana Pengerusi PH sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Ahli Parlimen Langkawi.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. There nothing wrong for anyone to visit Langkawi, and Najib is no exception either.

    He has every right to visit even his supporters. Do he need a permit? Come on PH, show some grace.

    Period.

Comments are closed.