Barisan peserta yang menyertai misi pendakian menawan puncak Gunung Kerinci seliaan OHANA Adventure Sport di Padang, Sumatra Barat, Indonesia. foto IQBAL BASRI, 19 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR  – OHANA Adventure Sport (OHANA), organisasi program pendakian kini menawarkan pakej mampu milik ke luar negara di bawah harga RM1,000.

Pengurus OHANA, Nik Mulya berkata, pakej luar negara yang bermula serendah RM620 dan tidak melebihi RM4,199 laris dijual adalah Annapurna Base Camp di Nepal, Gunung Fuji di Japan, Gunung Kerinci di Indonesia dan Gunung Fansipan di Vietnam.

Beliau berkata, pakej dalam negara pula hanya serendah RM110 dan tidak melebihi RM699 bagi mengikut kesesuaian bajet dan tempoh hari yang sesuai dengan kehendak pelanggan.

“Objektif OHANA adalah menawarkan program pendakian dengan harga mampu milik tanpa mengorbankan keselesaan untuk semua pendaki yang bercita-cita untuk menakluki puncak di seluruh dunia.

“Sehingga kini, OHANA menyediakan lebih 30 program yang dalam dan luar negara merangkumi 10 negara antaranya Indonesia, Vietnam, Filipina, Nepal, Japan, Sri Lanka, India, China dan Australia,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

MGF23012019_Gunung Kerinci_12
Peserta terpaksa mendaki dalam keadaan asap gunung berapi yang memenuhi ruang udara dan laluan berbatu kasar untuk menawan puncak Gunung Kerinci seliaan OHANA Adventure Sport di Padang, Sumatra Barat, Indonesia. foto IQBAL BASRI, 21 JANUARI 2019

Nick menambah, bagi perancangan tahun 2019, selain menganjurkan program pendakian sedia ada, OHANA menyasarkan penganjuran pendakian ke lebih banyak negara bukan sahaja di dalam Asia tetapi juga ke benua Eropah dan Afrika.

Jelas beliau, misi OHANA juga mahu menerokai tempat-tempat pendakian yang jarang didaki di Malaysia.

“Selain daripada itu, OHANA juga dalam perancangan untuk membuka pejabat cawangan di beberapa negara seperti Indonesia, Nepal dan Japan untuk mengembangkan lagi pengurusan operasi OHANA.

MGF23012019_Gunung Kerinci_10
Peserta terpaksa mendaki dalam keadaan asap gunung berapi yang memenuhi ruang udara dan laluan berbatu kasar untuk menawan puncak Gunung Kerinci seliaan OHANA Adventure Sport di Padang, Sumatra Barat, Indonesia. foto IQBAL BASRI, 21 JANUARI 2019

“Pada masa sama, sebagai penganjur program pendakian atau lebih dikenali sebagai ‘gogo’, OHANA ingin bersaing secara sihat bersama penganjur-penganjur yang lain.

“Jika terdapat penganjur yang ingin bekerjasama dengan OHANA, kami bersedia untuk bersama berkongsi idea untuk memantapkan lagi industri pendakian di Malaysia.

“OHANA juga mengamalkan konsep kekeluargaan tanpa mengira status dan umur dan menganggap sesiapa sahaja yang menyertai OHANA seperti sebuah keluarga,” katanya.

MGF23012019_Gunung Kerinci_06
Peserta terpaksa mendaki dalam keadaan asap gunung berapi yang memenuhi ruang udara dan laluan berbatu kasar untuk menawan puncak Gunung Kerinci seliaan OHANA Adventure Sport di Padang, Sumatra Barat, Indonesia. foto IQBAL BASRI, 21 JANUARI 2019

OHANA yang mula ditubuhkan Nick Mulya pada tahun 2015 pada mulanya merupakan sebuah kumpulan pendaki dalam kalangan rakan-rakan sahaja.

Pada awalnya, rancangan untuk mendaki gunung di Malaysia hanyalah sekadar hobi bersukan lasak. Setelah itu, timbulnya idea untuk menganjurkan program pendakian kerana permintaan di kalangan rakan-rakannya ketika itu sangat menggalakkan.

Program pendakian pertama anjuran OHANA adalah menaiki gunung Yong Belar, Kelantan.

Setelah empat tahun beroperasi sebagai penganjur program pendakian di Malaysia, kini OHANA mempunyai lebih daripada 20 program setiap bulan yang dianjurkan oleh OHANA sepenuhnya.

OHANA juga telah membuktikan bahawa aktiviti sekadar hobi juga boleh dijadikan perniagaan sepenuh masa jika diuruskan dengan penuh minat dan sistematik.

Sehingga kini, OHANA memiliki kakitangan seramai 26 orang termasuk bahagian pengurusan atasan, kru pendakian dan pekerja sambilan.

Mereka yang berminat program anjuran OHANA boleh melayaro Facebook: OHANA Adventure Sport atau hubungi talian 013-616 0548. – MalaysiaGazette