bilik persalinan Jepun yang bersih dan rapi dengan mesej 'terima kasih' ditulis di papan putih dalam bahasa Arab, Jepun dan Inggeris.
Bilik persalinan Jepun yang bersih dan rapi dengan mesej 'terima kasih' ditulis di papan putih dalam bahasa Arab, Jepun dan Inggeris.

ABU DHABI – Jepun sekali lagi menunjukan sikap terpuji apabila meninggalkan bilik persalinan meraka dalam keadaan bersih sebagai penghargaan kepada tuan rumah Piala Asia walaupun pasukan itu tewas 1-3 kepada Qatar dalam perlawanan akhir.

Akaun twitter rasmi Piala Asia menyiarkan gambar bilik persalinan Jepun yang bersih dan rapi dengan mesej ‘terima kasih’ ditulis di papan putih dalam bahasa Arab, Jepun dan Inggeris.

Jepun dikejutkan Qatar pada final Piala Asia menerusi jaringan Almoez Ali, Abdulaziz Hatem dan Akram Afif.

Bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan itu jelas menunjukkan bahawa ia merupakan budaya pasukan negara matahari terbit kerana ini bukan pertama kali para pemain Jepun meninggalkan bilik persalinan mereka dalam keadaan bersih.

Selepas tewas kepada Belgium pada pusingan kalah mati Piala Dunia 2018, Jepun melakukan perkara yang sama seperti dilakukannya pada malam Jumaat lalu. – Agensi