Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi penegasannya bahawa beliau tidak pernah membayar RM900 juta kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti mana yang dilaporkan Sarawak Report.

Kata bekas perdana menteri itu, pihak berkuasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun-akaun beliau dan UMNO hampir sembilan bulan dahulu.

“Jika ianya benar ada sebarang bayaran dari saya ataupun dari UMNO, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank Presiden PAS ataupun akaun parti PAS,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook malam ini.

Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Clare Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017.

Artikel 8 perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi Pas bagi mempengaruhi mereka supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Najib berkata: “Adalah amat tidak adil untuk Pas diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini.”

Kelmarin Abdul Hadi bersetuju kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah. Keputusan tersebut turut diikuti oleh Rewcastle Brown. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Penafian Sarawak Report sudah terlewat

ARTIKEL BERKAITAN: Pas rayu bantuan selesai kos guaman saman Sarawak Report

ARTIKEL BERKAITAN: Sarawak Report Terima Writ Saman | Edisi MG [VIDEO]

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi menang saman fitnah Sarawak Report

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/02/kes-pas-saman-sarawak-report-selesai-luar-mahkamah/