SINGAPURA – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini selepas mengambil untung pada sesi sebelumya disebabkan kemerosotan bekalan dan ketegangan perdagangan China- Amerika Syarikat menurun.

Niaga hadapan Brent jatuh kepada AS$62.54 setong selepas naik 3.14 peratus pada sesi sebelumnya iaitu lonjak harga penutup tertinggi sejak 21 November lalu.

Penanda aras minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate pula diniagakan AS$55.13 setong, susut AS$0.13. Harga minyak itu naik 2.73 peratus pada dagangan akhir kepada harga penutup tertinggi sejak 19 November.

Pengeluaran minyak daripada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurun selari dengan perjanjian mereka untuk membendung bekalan tidak terjual, disusuli penurunan jumlah platform minyak dan sekalatan ke atas penjualan minyak Venezuela.

“Walaupun pengeluaran Venezuela dilaporkan meningkat bulan lalu, sekatan baharu Amerika Syarikat dapat melihat membendung bekalan global antara 0.5 peratus hingga 1 peratus,” kata Vivek Dhar, penganalisis komoditi untuk Commonwealth Bank of Australia dalam nota penyelidikannya.

Sekatan ini akan membatasi transaksi minyak antara Venezuela dan negara-negara lain, tindakan serupa yang dikenakan ke atas Iran pada tahun lepas.

Bekalan minyak OPEC jatuh pada bulan Januari dengan jumlah terbesar dalam dua tahun meskipun penurunan pengeluaran yang lembab dari Rusia, menurut kajian Reuters.

Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak Rusia pada bulan Januari merosot daripada sasaran untuk pemotongan pengeluaran, menurut data Kementerian Tenaga.

Pengeluaran bulan lepas merosot kepada 11.38 juta tong sehari tetapi hanya turun sebanyak 35,000 tong sehari dari tahap Oktober 2018 yang merupakan asas bagi perjanjian itu.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak berkata, keseluruhan pemotongan bekalan berdasarkan dari bulan Oktober sepatutnya berjumlah 50,000 tong sehari pada bulan Januari.

Rusia telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 230,000 tong sehari dari bulan Oktober. – MalaysiaGazette