Seorang pekerja menghulurkan kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari platform di Stesen Keretapi Wuchang, China. foto SCMP

BEIJING – Seorang budak lelaki berjaya dibawa naik selepas terjatuh di atas landasan keretapi di tengah China.

Ketika kejadian mangsa sedang beraksi di hadapan keretapi laju yang sedang berhenti di Stesen Keretapi Wuchang di Wuhan, sementara ibunya sedang mengambil gambar.

Semasa sedang bergambar, ibunya meminta kanak-kanak itu melangkah kebelakang.

Mangsa hilang kawalan tergelincir lalu terjatuh di atas jurang antara platform dan trek keretapi.

Seorang kakitangan yang menyaksikan kejadian itu segera melompat turun dan mengangkat kanak-kanak tersebut, menurut laporan Thepaper.cn.

Kejadian itu tidak menjejaskan operasi keretapi laju.

Kanak-kanak berkenaan tidak cedera dan keluarganya meneruskan perjalanan balik kampung bagi menyambut Tahun Baru Cina. – MalaysiaGazette