TERKINI : Lambung Bayi Umur 4 Bulan, Pasangan Suami Isteri Warga Rusia Ditahan – Ketua Polis KL

Pasangan suami isteri warga Rusia ditahan polis selepas disyaki melakukan kesalahan melambung anaknya berusia empat bulan yang boleh mkendatangkan risiko kecederaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pasangan itu ditahan polis di sebuah rumah di ibu negara petang tadi.

“Polis menerima maklumat orang awam mengenai insiden itu yang viral dalam media sosial dipercayai berlaku di Bukit Bintang semalam.

“Bertindak atas maklumat orang awam, polis telah ke Jalan Raja Abdullah dan menahan pasangan berusia 28 dan 27 tahun itu sekitar pukul 3.30 petang tadi.

“Anaknya berusia baru empat bulan yang merupakan mangsa turut berada bersama ibu bapanya ketika dicekup polis,” katanya dalam sidang media Op Selamat 14 di Plaza Tol Jalan Duta di sini.