Tabung Solidariti bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setakat jam 10 pagi tadi telah mengumpul RM9.25 juta, namun masih berbaki RM40.75 juta untuk mencapai sasaran RM50 juta.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha mengumpul sumbangan menerusi kaedah pengumpulan dana awam masih diteruskan bagi mencapai jumlah ditetapkan.















