Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.
Polis memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah pejabat di Klang, tiga hari lepas. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Gara-gara meletakkan kereta di ruang parkir Kuarters Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, dekat sini, kereta milik seorang wanita disimbah dengan asid dipercayai kerana perbuatan khianat.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut kes itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Uni berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 46 tahun itu berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 pagi itu, suami kepada mangsa menemui kereta jenis Honda City berwarna putih wanita itu dalam keadaan cat kenderaan itu menggelupas akibat disimbah asid.

“Mangsa telah membuat laporan polis di Kuala Berang, Terengganu ketika berada di negeri berkenaan selepas perkara itu dimaklumkan oleh suami mangsa yang melihat keretanya disimbah penghakis asid,” katanya ketika dihubungi.

Yusuf berkata siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Kejadian itu menyebabkan cat pada bahagian depan, belakang dan bumbung kereta Honda City berwarna putih milik mangsa terbabit menggelupas akibat asid berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast