Lula da Silva. foto Agensi

BRASILIA – Mahkamah Brazil menambah hukuman penjara ke atas bekas Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva untuk12 tahun dan 11 bulan lagi kerana rasuah.

Lula telah didapati bersalah selepas menerima kerja-kerja pengubahsuaian daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam skim rasuah besar-besaran.

Bekas Presiden itu telah menjalani hukuman selama 12 tahun untuk kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah hartanah di depan pantai.

Peguamnya berkata, Lula yang menjadi Presiden Brazil pada antara tahun 2003 dan 2010 itu akan membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Lula, 73, telah menafikan semua pertuduhan terhadapnya, mendakwa beliau didakwa atas motif politik untuk menghentikan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Presiden.

Hakim Persekutuan, Gabriela Hardt, mengatakan, firma pembinaan OAS telah melakukan pengubahsuaian besar-besaran di sebuah rumah ladang yang sering dikunjungi Lula.

Peguam Lula berhujah rumah itu bukan miliknya tetapi milik rakannya, Fernando Bittar. – MalaysiaGazette