TERKINI : “Tak Tahulah Siapa Yang Kene Talkin Dulu!” – Mohamad Hassan

UMNO tidak mungkin dapat ‘ditalkin’ hanya semata-mata kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Sebaliknya, parti itu kini menjadi sebuah parti yang kuat dengan memiliki roh dan semangat yang baru, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menurutnya, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan lalu jelas membuktikan bahawa parti itu sebenarnya disayangi rakyat. “Inilah petanda rakyat menyayangi kita.

Tak tahulah siapa yang ditalkinkan dahulu,” katanya sinis sambil mendapat sorakan hadirin yang menyaksikan siaran langsung program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini hari ini.