KUALA LUMPUR – Atlet para negara, Bonnie Bunyau mencipta kejayaan cemerlang apabila meraih pingat emas dalam kategori remaja lelaki sehinga 65 kg di Kejohanan Powerlifting Para Piala Dunia di Dubai, Emeriah Arab Bersatu malam tadi.
Atlit berusia 18 tahun itu mencatatkan jumlah angkatan 190 kilogram (kg), jauh meninggalkan pemenang pingat perak, Heleno Victor Silva dari Brazil (115kg) manakala pingat gangsa pula dimenangi Beom Jo Seo dari Korea Selatan dengan catatan 98kg.
Menerusi catatan itu juga menyaksikan Bonnie hampir menambah pingat emas keduanya, namun dibezakan hanya 1 kg berbanding pemenang pingat emas bagi kategori senior dalam acara sama – atlet Algeria, Hocine Bettir (191 kg).
Atlet Jordan, Mohammad Tarbash berpuas hati meraih pingat gangsa bagi kategori berkenaan dengan angkatan 181 kg.
Bonnie anak kelahiran Sarawak sebelum ini pernah mengharumkan nama negara di Sukan Para Asia 2018 apabila meraih pingat perak bagi kategori lelaki hingga 65 kg dengan angkatan seberat 205 kg. – MalaysiaGazette