WASHINGTON – Dengan pengumuman kejayaan tentera Amerika Syarikat (AS) menghapuskan militan Daesh di Syria dan Iraq oleh Presiden Donald Trump beberapa hari lepas, kini anggota tentera negara ini mula undur.

Agensi melaporkan, Jeneral Joseph Votel yang bertanggungjawab memantau tentera AS di negara-negra Teluk telah mula mengeluarkan arahan pengunduran dalam masa beberapa minggu secara berperingkat.

Kata Votel yang juga merupakan Ketua Pemerintah Pusat AS, pengunduran itu mengikut tempoh masa dan berperingkat berikutan keadaan semasa di Syria ketika ini.

“Tentera AS dengan bantuan sekutu yang seangkatan telah melancarkan serangan akhir di sempadan Iraq menentang Daesh baru-baru ini.

“Ketika ini kita sedang fokus mengundurkan diri, tetapi pada masa yang sama kita juga akan pantau terlebih dahulu keadaan. Penguduran akan berlaku secara berperingkat. Kita ada lebih 2,000 anggota di sana ketika ini.

“Kita juga sudah mula undurkan segala aset kita kembali ke AS, pengunduran ini sebenarnya berada di landasan yang betul dan tepat, tidak ada apa-apa yang merunsingkan,” katanya kepada media ketika mengadakan lawatan rasmi ke Asia Barat semalam.

Rabu lepas, Trump dengan penuh keyakinan mengumumkan strategi serta komitmennya dalam memerangi pengganas Daesh di Syria akan tumpas dalam tempoh seminggu lagi.

Kata Trump, beliau menjangkakan kumpulan militan itu akan kehilangan kesemua wilayah yang dikuasainya di Syria dalam tempoh kurang daripada seminggu.

“Kita akan buat pengumuman minggu depan secara rasmi, buat masa ini yang ingin saya cakap hanyalah tentera kita (AS), pasukan pakatan serta tentera Demokratik Syria serta Iraq sudah berjaya bebaskan semua wilayah yang dikuasai militan Daesh sebelum ini.

“Saya boleh katakan, kita sudah 100 peratus berjaya, tunggulah pengumuman kita secara rasmi minggu hadapan,” katanya.

U.S. Forces Patrol Near Manbij
Seorang anggota tentera Amerika Syarikat berkawal semasa melakukan rondaan di Manbij, Syria pada 24 Jun 2018.

Trump juga dengan megah menyatakan AS adalah sebuah negara yang amat kuat dan sukar ditandingi dan kekal begitu pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Trump memohon bantuan kewangan selain sokongan padu diberikan kepada negaranya untuk hubungan lebih baik pada masa hadapan. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast