KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2018 naik 0.1 mata peratus kepada 68.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Ia meningkat 0.4 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (Disember 2017: 68.1%).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan ini naik 2.3 peratus berbanding Disember 2017 kepada 15.50 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.4 peratus kepada 14.99 juta orang. – MalaysiaGazette