Impak besar dalam 11 perlawanan yang dibawa Solskjaer akhirnya memastikan tugas tetap Old Trafford menjadi miliknya kali ini.

MANCHESTER – Ole Gunnar Solskjaer bakal dinamakan sebagai Pengurus tetap di Manchester United.

The Sun Sports di Britain melaporkan keputusan itu dicapai di peringkat lembaga pengarah kelab walaupun IA akan dirahsiakan sehingga penghujung musim ini.

United sedang mencari pengganti terbaik mengisi kekosongan Jose Mourinho selepas dipecat pertengahan Disember tahun lalu.

Namun misi sukar itu dikatakan berakhir dengan pengerusi bersama United, Joel dan Avram Glazer berpuas hati dan sedar mereka berjaya memiliki calon terbaik menerusi Solskjaer.

Avram Glazer menyaksikan kemenangan Manchester United 3-0 ke atas Fulham United di Craven Cottage pada Sabtu lepas.

Glazer bercakap dengan legenda kelab itu selepas tamat perlawanan di bilik persalinan.

Berita itu sekaligus bakal menamatkan spekulasi bahawa Mauricio Pochettino akan menerajui pengurusan kelab itu.

Rancangan itu berubah selepas impak besar yang telah dibawa Solskjaer yang menang 10 daripada 11 perlawanan setakat ini sejak 19 Disember lalu.

Malah United berjaya merapatkan jurang mata dalam Liga Perdana Inggeris dengan melangkah keĀ  kedudukan empat untuk mencerahkan peluang beraksi pada aksi Liga Juara-juara Eropah musim hadapan. – MalaysiaGazette