Najib Razak

KUALA LUMPUR – Universiti Nottingham di England akan menggantikan sijil gantian milik Datuk Seri Najib Razak yang hilang.

Sijil itu, katanya, kemungkinan tertinggal semasa beliau meninggalkan Seri Perdana selepas kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

“Minggu lepas, saya cuba cari sijil ijazah saya di rumah tetapi tak berjaya.

“Mungkin tertinggal apabila saya meninggalkan Seri Perdana selepas tewas PRU14.

“Oleh itu, saya telah menulis kepada Universiti saya untuk mendapatkan sijil gantian,” katanya.

Beliau akan berkongsi gambar sijil itu di Facebook nanti.  Sijil gantian itu kemungkinan diperoleh dalam tempoh satu minggu.

Bekas Perdana Menteri itu memuji kesungguhan media yang menulis kepada Universiti Nottingham untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau graduan dari sana.

Tetapi, secara sinis, Najib berkata: Tak pula mereka menulis kepada National University of Singapore dan Australian Society of Accountants”.

Ahli Parlimen Pekan itu mempertahankan beliau telah memperoleh Ijazah (Kepujian) Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri pada tahun 1974.

Najib juga memaklumkan bersekolah rendah dan menengah di St John Kuala Lumpur dan kemudian melanjutkan pembelajaran di Kolej Malvern, di England.

Tambahnya, pada tahun 2004, Universiti Nottingham telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Undang-Undang. – MalaysiaGazette