Empangan yang pecah pada bulan lalu hingga mengorbankan 165 orang. foto Reuters

BELO HORIZONTE – Vale SA, pelombong bijih besi terbesar di dunia, tahu sejak tahun lalu bahawa empangan yang runtuh pada bulan Januari lalu mempunyai risiko untuk pecah.

Ia berdasarkan pada satu laporan dalaman syarikat berkenaan.

Reuters berkata, laporan bertarikh 3 Oktober 2018 itu menunjukkan Empangan 1 di lombong Corrego do Feijao di Brumadinho sudah lebih dua kali gagal berfungsi daripada tahap maksimum risiko yang diterima di bawah dasar keselamatan empangan syarikat itu sendiri.

Ternyata laporan dokumen itu berbeza dengan kenyataan Vale yang mendakwa audit bebas pada tahun lalu telah mengesahkan bahawa empangan itu selamat.

Malah, katanya, perkakasan empangan itu menunjukkan strukturnya stabil sebelum ia runtuh.

Vale tidak memberi maklum balas berhubung laporan dokumen tersebut.

Dokumen terdahulu yang tidak dilaporkan adalah bukti pertama bahawa Vale sendiri prihatin terhadap keselamatan empangan.

Ia menimbulkan persoalan mengapa audit pada masa sama memberi menjamin kestabilan empangan dan mengapa syarikat itu tidak mengambil langkah berjaga-jaga, seperti memindahkan kantin syarikat yang berada di bawah struktur.

Insiden yang menyebabkan 165 orang terbunuh itu adalah kejadian kedua di negeri Minas Gerais dalam tempoh tiga tahun.

Entitled “Geotechnical Risk Management Results,” Vale’s internal October report placed the Brumadinho dam within an “attention zone,” saying that “all prevention and mitigation controls” should be applied.

Laporan pada bulan Oktober bertajuk “Pengurusan Risiko Geoteknikal” itu telah meletakkan empangan Brumadinho dalam “zon perhatian,” dengan mengatakan bahawa “semua kawalan pencegahan dan kawalan mitigasi” harus diterapkan.

Kegagalan boleh membebankan syarikat itu AS$1.5 bilion dan mempunyai potensi untuk membunuh lebih daripada seratus orang, kata laporan itu.

Empangan itu ditandakan untuk pembatalan.

Sembilan empangan lain di Brazil, daripada 57 yang dikaji, juga diletakkan di “zon perhatian”, menurut laporan itu.

Dalam laporan berasingan yang bertarikh 15 November 2017, yang juga dilihat oleh Reuters, menyatakan bahawa sebarang struktur dengan peluang gagal melepasi 1 daripada 10,000 harus dibawa ke perhatian kepada Ketua Eksekutif dan lembaga pengarah.

Potensi untuk empangan itu pecah didaftarkan sebagai 1 dalam 5,000 atau dua kali ganda “tahap maksimum risiko
individu”, menurut laporan itu.

“Ia adalah tidak baik khususnya jika anda mempertimbangkan ia bermaksud struktur jangka panjang,” kata David Chamber, geofizik. – MalaysiaGazette