Mohd Ajib Ismail
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail pada Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) tidak akan melakukan sebarang operasi termasuk serbuan sempena sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Adib Ismail berkata, sebaliknya pihaknya hanya memberi penerangan dan pemantauan kepada orang ramai tentang larangan menyambut Hari Kekasih dalam kalangan umat Islam.

“Kita tidak menjalankan operasi, kita hanya memberikan sesi penerangan dan juga pemantauan di mana tindakan kita ini ada tiga peringkat.

“Pertama sesi penerangan, kedua sesi pemantauan dan ketiga barulah ada penguatkuasaan sekiranya masih ada lagi pihak yang sama melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bangunan PERKIM, di sini, hari ini.

MGF14022019_HIMPUNAN BULANAN MAIWP_17
Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2019

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengingatkan umat Islam bahawa meraikan Hari Valentine adalah dilarang sama sekali.

Zulkifli berkata ini kerana sambutan itu budaya masyarakat bukan Islam dan umat Islam khususnya golongan muda disaran agar tidak menyambut Hari Valentine yang menjadi trend pada 14 Februari setiap tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Igt lagi hadis. Klu ada kuasa, kita cegah dgn kuasa. Klu x mampu, dgn lidah, sekiranya x mampu baru dgn hati. Ni tebalik.

Comments are closed.