Song membuka jaringan pertama Spurs bertwmu Borussia Dortmunds dalam aksi ke-16 Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi

ENGLAND – Tottenham Hotspurs menjinakkan Borussia Dortmunds pada aksi pertama Pusingan ke-16 Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Skuad Pochettiono menundukkan skuad Jerman 3-0 sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan suku akhir temasya kali ini.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun bermulanya separuh masa kedua, Son Heung-Min berjaya meletakkan pasukannya di hadapan menerusi gol pada minit ke-47.

Tottenham Hotspurs beraksi tanpa dua pemain utama mereka iaitu Harry Kane dan Dalle Alli.

Bagaimanapun ketiadaan dua tonggak penyerang utama itu tidak melunturkan semangat mereka.

Tottenham terus menunjukkan taring selaku pasukan Inggeris apabila menghukum skuad muda Jerman dengan gol kedua menerusi Vertonghen pada minit ke-83.

Tiga minit kemudian Tottenham mengamuk lagi apabila menyumbat gol ketiga dan juga gol kemenangan pasukan.

Ia sekaligus mencerahkan peluang Spurs untuk mara ke suku akhir namun mereka masih perlu mengharungi perlawanan timbal balik di laman Dortmunds, Jerman.

Bagaimanapun Spurs tidak boleh duduk selesa kerana Borussia masih berpeluang bangkit apabila menerima kunjungan Spurs ke Jerman.

Spurs masih perlu berhati-hati dan mengatur perlawanan pada perlawanan timbal balik Mac ini menentang Dortmunds kelak. – MalaysiaGazette