LONDON – Baru berusia tujuh tahun, Rudolph Ingram Jr. kini muncul sebagai kanak-kanak terpantas selepas mencatat masa larian, 13.48 saat untuk jarak 100 meter.
BBC melaporkan catatan luar biasa itu dibuat dalam satu acara saingan sekaligus mencipta rekod baharu untuk kategori seusianya.
Kejayaan itu membolehkan Rudolph diberi gelaran ‘Blaze the Great’ dan dinamakan sebagai pengganti kepada Usain Bolt.
Sebelum ini, dia dikenali selepas menyertai Kejohanan AAU bersama 200 kanak-kanak seusianya dan memenangi tempat kedua.
Dalam beberapa kejohanan AAU, Rudolph memenangi 36 pingat, 20 daripadanya pingat emas.
AAU ialah kejohanan atletik muda amatur yang dianjurkan secara tahunan untuk beberapa sukan.
Dalam satu video yang dimuatnaik untuk menunjukkan ketangkasan Rudolph, dia yang bertubuh sado didapati berlari bersama beberapa orang termasuk orang dewasa untuk membandingkan kepantasannya.
Bapa kanak-kanak itu, yang juga jurulatihnya, Rudolph Ingram berasa bangga dengan pencapaian anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu. – MalaysiaGazette