Najib menolak troli sambil dikerumuni ratusan pengunjung sebuah pasar raya di Semenyih
Najib menolak troli sambil dikerumuni ratusan pengunjung sebuah pasar raya di Semenyih

KUALA LUMPUR – “Tidak malu…Tak tau malu”.

Demikian reaksi spontan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung troll terbaharu Datuk Seri Najib Razak yang menolak troli ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Semenyih, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu yang dikerumuni ratusan pengunjung yang menyedari kehadirannya di pasar raya berkenaan menyatakan, membeli barangan dengan kos RM50 masih tidak dapat memenuhkan troli.

Kata Najib, beliau boleh sahkan wang sebanyak itu tidak boleh membeli apa-apa barangan keperluan harian atau dapur.

“Guys, saya boleh confirm. RM50 troli tak penuh. So, macam mana? Apa kita nak buat dengan PH (Pakatan Harapan)?” kata Najib menerusi ciapannya dalam akaun Twitter beliau semalam.

Najib berada di Semenyih dalam usahanya berjumpa rakyat dan mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa harga barangan masih tetap mahal walaupun sudah sembilan bulan PH mengambi alih kerajaan Persekutuan.

Hannah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya mampu menjawab reaksi Najib itu dengan perkataan “Tidak Malu, Tidak Malu dan Tak Tau Malu” sahaja.

Jawapannya itu, mendapat pelbagai komen dan teguran daripada warga netizen yang rata-rata menyindir dan memulangkan paku buah keras kepada Najib, dakwanya.

Seorang netizen, Asyraf Husein meninggalkan komen dalam ciapan Hannah dengan menyifatkan PH kaki kencing terbanyak dan pakar menipu rakyat.

Bahkan, status Hannah yang juga wakil rakyat DAP itu turut menimbulkan tanda tanya netizen yang menyatakan jarang melihat kenyataan pemimpin DAP yang disifatkan sebagai merujuk pada diri sendiri.

Syed Zainudin pula memberi reaksi dengan berkata, apa Hannah hendak malu, kerajaan PH sudah tangkap Najib dan berikan pelbagai pertuduhan di mahkamah.

“Najib tidak ada kena mengena dengan kerajaan PH. Lebih baik kamu buat kerja untuk rakyat, jangan sibuk dengan telatah Najib,” tulisnya.

Netizen MSharizal pula memberi komen meminta Hannah bertenang dan jangan cepat gelabah kerana Najib bukan bukan ada apa-apa jawatan lagi, dia hanya Ahli Parlimen Pekan sahaja.

“Relax la YB..dia (Najib) bukan ada apa-apa jawatan pun sekarang..hanya Ahli Parlimen Pekan..takkan dengan dia pun takut,” katanya.

Ada netizen mengingatkan pemimpin DAP itu, sejak sistem GST dimansuhkan oleh kerajaan PH, harga barangan semakin naik dan Hannah sepatutnya malupada diri sendiri kerana cakap tak serupa bikin. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/13/azmin-saya-pencuri-hati-rakyat-kata-najib/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast